Rabu, 30 Disember 2020

KALIMAH (PERKATAAN) HARI INI

الصباح - pagi

المساء - petang

الليل - malam 

JUMLAH (AYAT)

Jumlah atau dalam Bahasa Melayu bermaksud ayat. Dalam Bahasa Arab, Jumlah terbahagi kepada dua, iaitu :

1. Jumlah Fe'eliah
2. Jumlah Ismiah

JUMLAH FE'LIAH ialah ayat yang di dahului dengan FE'EL (Kata Kerja/Perbuatan) manakala JUMLAH ISMIAH ialah ayat yang di dahului oleh ISIM (Kata Nama)

Struktur Jumlah Fe'liah terdiri daripada Fe'el, Fa'il dan juga Maf'ul bih. Contoh :

أكل محمد الأرز
أكل - Fe'el
محمد - Fa'il
الأرز - Maf'ul bih

ataupun kadang-kadang Jumlah Fe'liah tidak mempunyai Maf'ul bih tetapi diganti dengan huruf Jar atau Zoraf dan isim Majrur selepas Fa'il. Contoh :

قام محمد على الكرسي

قام - Fe'el
محمد - Fa'il
على - Huruf Jar
الكرسي - Isim Majrur

** Keadaan ini bergantung kepada Fe'el yang digunakan, sama ada fe'el tersebut memerlukan maf'ul bih atau tidak**. -akan dibincangkan dalam tajuk Fe'el muta'ddi dan Fe'el lazim-

Manakala Struktur Jumlah Ismiah pula terdiri daripada Mubtada' dan Khabar. Contoh :

الطالب مجتهد
الطالب - Mubtada'
مجتهد - Khabar

- akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam bab mubtada' khabar-




Perbezaan Hal dan Na'at

Kebanyakkan pelajar sering keliru diantara Hal dan Na'at, sedangkan kedua-duanya adalah berbeza. Jadi mari kita lihat perbezaan tersebut melalui dua ayat ini :


أتى القطار مسرعا ( حال ) .

 جاء التلميذان الكسولان ( نَعت )

  

Ayat pertama adalah Hal manakala ayat kedua adalah Na'at. Apa perbezaannya?
Perbezaannya ialah dari segi i'rab, di mana hal sentiasa MANSUB dan tidak mengikut perkataan sebelumnya dari segi Ta'arif dan Tankir. Manakala na'at akan mengikut perkataan sebelumnya samaada dari segi i'rab(marfuk, mansub dan majrur), Ta'arif & Tankir serta bilangannya.


TASRIF FE'EL 3 HURUF


 

Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Menengah

DSKP TINGKATAN 1

DSKP TINGKATAN 2

DSKP TINGKATAN 3

DSKP TINGKATAN 4 DAN 5

Selasa, 29 Disember 2020

BELAJAR BAHASA ARAB | Tajuk : Taukid

 Taukid adalah salah satu tawabi' yang mengikut perkataan sebelumnya dari segi jenis, bilangan dan juga i'rab. 

Sila tonton Video



Selamat Datang

 Assalamualaikum..

Selamat Datang Ke Blog Cikgu Bahasa Arab dan terima kasih di atas kesudian anda mengunjungi laman blog ini. Insyaallah, admin akan berkongsi dalam blog ini hal-hal berkaitan pembelajaran bahasa arab.

Semoga ia memberi manfaat untuk semua.