Rabu, 30 Disember 2020

Perbezaan Hal dan Na'at

Kebanyakkan pelajar sering keliru diantara Hal dan Na'at, sedangkan kedua-duanya adalah berbeza. Jadi mari kita lihat perbezaan tersebut melalui dua ayat ini :


أتى القطار مسرعا ( حال ) .

 جاء التلميذان الكسولان ( نَعت )

  

Ayat pertama adalah Hal manakala ayat kedua adalah Na'at. Apa perbezaannya?
Perbezaannya ialah dari segi i'rab, di mana hal sentiasa MANSUB dan tidak mengikut perkataan sebelumnya dari segi Ta'arif dan Tankir. Manakala na'at akan mengikut perkataan sebelumnya samaada dari segi i'rab(marfuk, mansub dan majrur), Ta'arif & Tankir serta bilangannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan