Ahad, 3 Januari 2021

PERBEZAAN لا الناهية dan لا النافية

 لا" النافية"

إخبارية-

ـ لا تجزم الفعل المضارع ولا تؤثر فيه

ـ تدخل على الفعل المضارع وعلى الاسم كذل

ـ الفعل المضارع بعدها يبدأ بحروف المضارعة: النون والألف مع الهمزة والتاء والي. 

لا" الناهية"

ـ طلبية

ـ تعطي معنى إياكم

ـ تجزم الفعل المضارع

ـ تدخل على الفعل المضارع فقط

ـ الفعل المضارع بعدها يبدأ بالتاء

Sabtu, 2 Januari 2021

KALIMAH HARI INI

 مُسْتَخْدِمٌ - Orang yang menggunakan/Pengguna

مُدَرِّبٌ - Orang yang melatih/Pelatih/Juru latih

مُشْرِفٌ - Orang yang menyelia/Penyelia

ISIM FA'IL (اسم الفاعل)

TAKRIF : ISIM FA'IL ialah isim yang terbit atau pecahan daripada Fe'el bagi menunjukkan pelaku sesuatu fe'el.
JENIS : ISIM FA'IL terbahagi kepada 2 iaitu
1. Isim Fa'il daripada fe'el 3 huruf
2. Isim Fa'il daripada fe'el lebih dari 3 huruf

CARA TUKAR FE'EL 3 HURUF KEPADA ISIM FA'IL

Untuk menukarkan fe'el 3 huruf kepada isim fa'il adalah dengan menggunakan wazan ٌفَاعِل contoh :

كتب - كاتب
ضرب - ضارب
جلس - جالس
Manakala bagi fe'el 3 huruf  yang ada huruf 'ilah (huruf alif) kat tengah seperti قام, صام, قال dan sebagainya, kita tukarkan huruf alif kepada hamzah seperti berikut :

قال - قائل
صام - صائم
قام - قائم

CARA TUKAR FE'EL LEBIH 3 HURUF KEPADA ISIM FA'IL

Untuk menukarkankan fe'el lebih 3 huruf kepada isim Fa'il adalah dengan menjadikan Fe'el tersebut fe'el mudhori terlebih dahulu, kemudian ditukarkan huruf mudhori' kepada huruf mim berbaris hadapan dan huruf sebelum akhir bagi perkataan tersebut baris di bawah. Contoh :

ٌأشرف - يشرف - مُشْرِف
قابل - يقابل - مُقَابِلٌ
درّب - يدرّب - مُدَرِّبٌ
استخدم - يستخدم - مُسْتَخْدِمٌ

** Nota kaki : untuk menentukan sama ada fe'el 3 huruf atau lebih 3 huruf hendaklah melihatnya dalam bentuk fe'el madhi**